TAKAFUL KELUARGA



PRODUK-PRODUK TAKAFUL LIFE 

1) TAKAFUL INTELEK
Pelan Pendidikan Untuk Anak-Anak Anda

MENJANJIKAN MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH UNTUK ANAK-ANAK ANDA.
Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagian anda.Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab,anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapan mereka.Namun begitu,simpanan anda mungkin tidak mencukupi.Malahan kos pendidikan kini semakin meningkat secara mendadak.Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini,anak-anak anda mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan.Oleh itu,amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.

MENJAMIN PENDIDIKAN ANAK-ANAK ANDA DI PERINGKAT LEBIH TINGGI.
Intelek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM70.00 sebulan.Tambahan lagi,Intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda.

Gred                      Ganjaran (RM) Sumbangan                             Ganjaran (RM) Sumbangan RM100.00 
Peperiksaan           Kurang Daripada RM100.00 Sebulan              dan Lebih Sebulan
..........................................................................................................................................
UPSR - 5A                    250.00                                                             500.00
PMR  - 8A                    350.00                                                              750.00
SPM   -8A                     500.00                                                             1,000.00
STPM -                        1,000.00                                                            1,500.00
5A PRINSIPAL
...........................................................................................................................................
Ganjaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
1.Sijil mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum anak anda menduduki peperiksaan.
2.Manfaat tersebut adalah sekali untuk setiap individu.
3.Bilangan gred A yang diambilkira adalah untuk mata pelajaran utama sahaja (Gred A dan A+ sahaja)
4.Manfaat tersebut tertakluk kepada peubahan kepada Struktur Sukatan Pelajaran Malaysia.
5.Etiqa Takaful Berhad berhak untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat manfaat pada masa hadapan.

2) TAKAFUL HARMONI 
Pelan Simpanan Yang Memenuhi Aspirasi Anda

IMPIAN MASA HADAPAN LEBIH CERAH
Setiap individu mempunyai impian kereta mewah ,rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.Sebagai individu yang bijak,anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.Namun,ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.

GAYA HIDUP LEBIH BAIK DAN LINDUNGI MASA HADAPAN KELUARGA ANDA.
Harmoni membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan hanya menyumbang RM70.00 sebulan.Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu.Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda di samping Perlindungan Takaful.

Pada saat-saat yang tidak diduga ,keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi bagi meringankan beban kewangan mereka.Dengan Harmoni,anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang ada sayangi terjamin.

















No comments:

Post a Comment