PELAN TAKAFUL RUMAH DESA SYURGA SEISI KELUARGA


Apakah produk ini?
·         Pelan ini menawarkan perlindungan kepada harta anda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran,kilat,banjir,rebut,taufan dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestic. Pelan ini juga menawarkan manfaat bagi kematian akibat kemalangan yang menimpa Peserta (Seperti yang dinamakan di dalam jadual sijil) yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian/rompakan yang berlaku dengan kemasukan melalui kekerasan dan secara ganas di tempat kediaman yang dilindungi (di alamat seperti yang dinyatakan di dalam jadual sijil).Pelan ini juga memberi perlindungan bagi liabiliti peserta terhadap pihak ketiga bagi kerosakan harta benda atau kecederaan semasa berada di tempat kediaman yang dilindungi akibat kecuaian peserta.

Manfaat utama
JENIS MANFAAT
MANFAAT YANG DIBAYAR
Kerosakan pada rumah akibat kebakaran,kilat,banjir,ribut dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.
Kerosakan * sehingga RM20,000
Kerosakan pada Isi Rumah,khusus kepada set televisyen ,mesin basuh,peti sejuk,sofa dan katil.
Kerosakan * sehingga RM2,500
Pampasan bagi liabiliti kepada pihak ketiga,disebabkan kecuaian peserta,bagi kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda semasa di rumah.
Kerosakan sehingga RM5,000 (Setiap kejadian atau kerugian)
Pampasan untuk kematian peserta akibat kebakaran atau kecurian /rompakan dengan kemasukan ke rumah melalui paksaan dan secara ganas
RM2,500

*1% daripada jumlah keseluruhan yang dilindungi ,sehingga RM200 untuk ribut dan taufan ,dan RM225 umtuk banjir akan ditolak daripada kerosakan yang dituntut ,yang mana lebih rendah.

Kelayakan
·         Pemilik rumah layak sebagai peserta dengan sekurang-kurangnya 50 kediaman diperlukan dibawah satu sijil induk yang dipegang oleh salah seorang peserta .
Caj-caj untuk manfaat
·         Sumbangan bagi setiap Peserta adalah RM75, dan tambahan RM10 untuk duti setem dibayar bagi setiap Sijil Induk.
·         Fi wakalah sebanyak 30% ditolak daripada sumbangan Peserta di mana 15% sebagai komisen kepada ejen dan 15% sebagai perbelanjaan pengurusan Pengendali Takaful.
Manfaat tidak melindungi kerugian tertentu seperti :
·         Manfaat tidak akan dibayar sekiranya kerosakan berpunca daripada kejadian seperti penyertaan di dalam sebarang perbuatan jenayah,menyalahi undang-undang atau disengajakan ,mogok,rusuhan atau kekacauan awam atau penyakit mental yang dialami oleh peserta.
·         Bagi tujuan kerosakan pada Rumah atau Isi Rumah,manfaat tidak akan dibayar sekiranya kerosakan berpunca daripada kecurian,letupan atau kebakaran disebabkan ketenteraman awam,kerosakan hujan batu,penenggelaman ,gelinciran tanah/tanah runtuh ,ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau pembaikan ,kerosakan pada peralatan dan kelengkapan luaran atau luar atau rumah dibawah pembinaan atau pembaikan.

·         Bagi tujuan pampasan akibat kematian peserta,manfaat tidak akan dibayar sekiranya peserta berada dibawah pengaruh dadah atau alkohol atau rawatan perubatan tidak dicari dengan seberapa segera yang munasabah.

No comments:

Post a Comment