MENGAPA KITA MEMERLUKAN TAKAFUL DAN MANFAAT
1.Jika kita ditakdirkan panjang umur,kita akan menjadi tua juga pada suatu hari nanti.Kita mempunyai simpanan dan tidak perlu membebankan anak-anak dengan menyediakannya terlebih dahulu dengan kadar sumbangan bulanan yang minima.Dengan umur yang meningkat,kos penjagaan kesihatan atau perubatan semakin bertambah.Tambahan lagi,pelbagai penyakit atau wabak seperti H1N1 yang boleh melanda pada bila-bila masa dan paling tidak iainya memerlukan kaedah rawatan yang terkini.Untuk rawatan yang terkini bermakna kosnya juga tinggi.
2.Kadar inflasi akan menyebabkan kos perubatan semakin meningkat pada masa akan datang.Sebagai contoh,mahu tak mahu ,harga secawan kopi sekarang tidak lagi boleh diperolehi dengan harga RM1.00.Apa yang berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang?Begitu juga dengan kos rawatan.
3.Kita pasti pada masa hadapan hanya mereka yang tua dan berpenyakit akan terbela dan mampu dirawati oleh mereka yang sihat,bekerja dan membuat persediaan Pelan Takaful bermula pada tika & saat ini.Pelan perlindungan yang diberikan adalah sehingga berumur 80 tahun dimana keperluan takaful adalah sangat diperlukan pada ketika itu nanti.
4.Manfaat perlindungan yang diberikan oleh majikan adalah cukup terhad dan diberikan hanya ketika anda berkhidmat dengan majikan sahaja.
5.Setiap sumbangan yang dibuat ke atas Pelan Takaful diberi pelepasan cukai oleh kerajaan.Secara tidak langsung kepentingan diri dan keluarga diberikan perhatian dahulu.
6.Penyakit yang bakal menghidapi diri sendiri atau keluarga tidak akan menunggu sehingga kita atau keluarga terlebih dahulu mendapatkan persediaan kos perubatan yang percuma.
7.Dengan sumbangan / caruman bulanan di Etiqa Takaful secara minima RM150 saya telah mendapat jaminan kewangan untuk kos perubatan tersedia bermula dengan nilai lebih RM500,000.Pengiraan secara kasarnya,untuk menyimpan RM500,000 dengan sumbangan bulanan RM100,bermakna saya perlu membayar untuk tempoh selama 5000 bulan atau 416 tahun!!!
8.Saya berniat untuk setiap sumbangan bulanan saya adalah sebagai derma (tabbaru'/amal jariah)
sekiranya saya tidak menggunakannya pada hari ini saya halalkan sumbangan ini untuk digunakan kepada peserta Takaful yang memerlukan.Inilah salah satu yang dapat saya lakukan untuk membantu saudara saya yang lain.Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan dimurahkan lagi rezeki.
Secara Ringkasnya :
Ada 11 sebab mengapa anda perlu memiliki Takaful :
-Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.
-Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
-Menyediakan dana persaraan.
-Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
-Menyediakan dana bila sakit dan berpenyakit kritikal.
-Mengelakkan dari berhutang.
-Melindungi aset.
-Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
-Melindungi perniagaan.
-Melakukan amal jariah (saham akhirat)
-Mengurangkan cukai pendapatan.